Friday, June 22, 2012

Lawatan ke Melaka..

Posted by Permata Subang Jaya at 04:03 0 comments
Salam....

Sorry kepada followers sebab dah lama tak update blog... Ok, untuk blog kali ini, PAPNSJ nak share ttg Lawatan ke Melaka yang kami telah jalankan pada 27/4/2012... Lawatan ni daripada pagi sampai la ke malam... Ibubapa dan pendidik mula berkumpul di PAPNSJ jam 6.30 pagi dan bergerak ke Melaka pada jam 7.30 pagi. Ada parents yang menaiki bas yang disediakan, dan ada juga yang membawa kenderaan sendiri. Kami bergerak secara konvoi.

Apabila sampai saja di Melaka pada jam 9.30 pagi, kami terus saja ke destinasi yang pertama iaitu melawat muzium-muzium di seluruh bandar Melaka. Antara Muzium yang kami lawati ialah Muzium Sejarah & Etnografi yang terletak di Bangunan Stadthusys, Muzium Pendidikan, Muzium Yang di Pertua Negeri Melaka, Muzium Samudera Fasa 1 & 2, dan Muzium Kesultanan Melaka. Lawatan di muzium-muzium mengambil masa selama 2 jam. Selepas makan tengahari, kami bergerak ke Zoo Melaka.Di Zoo Melaka, kami melihat pelbagai jenis haiwan yang terdapat di sana dengan menaiki keretapi zoo. walaupun agak lama menunggu keretapi, tapi kami seronok melawat zoo. Selepas melawat Zoo Melaka, kami berehat dan solat sementara menunggu agenda seterusnya.

Pada waktu malamnya pula, dalam jam 8.30 malam, kami semua ke Melaka River Cruise untuk menaiki bot dan melihat suasana malam di sekitar Bandar Melaka.. Bandar Melaka sangat cantik di waktu malam dengan hiasan lampu-lampu di tepi-tepi Sungai Cruise.

Akhirnya, pada jam 11.00 malam, kami semua bertolak pulang ke PAPN Subang Jaya.. Walaupun penat berjalan sehari suntuk, tapi ianya sangat menyeronokkan... ;-)



Gambar-gambar semasa Lawatan Ke Melaka.










Tuesday, April 24, 2012

Penutupan PAPNSJ

Posted by Permata Subang Jaya at 05:29 0 comments

Salam...
Kepada semua ibubapa PAPNSJ,

PAPNSJ akan ditutup selama 2 minggu (24/4/2012 - 4/5/2012) berikutan jangkitan wabak HFMD..Sepanjang 2 minggu ini, kerja-kerja pembersihan akan dijalankan.. PAPNSJ akan beroperasi seperti biasa semula pada 7/5/2012 (Isnin)... Diharap ibubapa dapat memberi kerjasama untuk tidak menghantar anak ke PAPN pada tarikh yang telah dinyatakan.... TQ...;-)

Thursday, April 12, 2012

Pengumuman..

Posted by Permata Subang Jaya at 01:38 0 comments
Salam...

Kepada semua Ibubapa PAPNSJ...

Seperti yang sedia maklum, aktiviti Lawatan Ke Melaka akan diadakan pada 27 April 2012 (Jumaat). Maka kepada ibubapa yang terlibat dalam aktiviti ini bolehlah membuat bayaran lawatan kepada Teacher Ira di Rumah Merah.

Jika mempunyai sebarang pertanyaan lanjut mengenai lawatan ini, ibubapa boleh rujuk kepada Teacher Lin dan Teacher Ira... Sekian...;-)

Aktiviti Mac..

Posted by Permata Subang Jaya at 01:34 0 comments
Salam...

Pada bulan Mac lepas PAPN Subang Jaya telah mengadakan dua aktiviti iaitu Sambutan Hari Jadi Kanak-Kanak Fasa 1 (kanak-kanak PAPNSJ yang lahir pada Jan - Mac) dan Pemeriksaan gigi. Terdapat juga aktiviti tambahan iaitu Lawatan daripada KPJ Selangor...Tetapi, disebabkan masalah-masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan, gambar-gambar aktiviti tidak dapat disiarkan di blog mahupun di Facebook.. Kepada sesiapa yang ingin melihat gambar-gambar aktiviti, diharap bersabar sehingga masalah-masalah teknikal dapat dibaikpulihkan... Sabar ye kawan-kawan...;-)

Pertandingan Tanglung & Sambutan Maulidur Rasul 2012..

Posted by Permata Subang Jaya at 01:13 0 comments
Salam...

Sorry kepada follower semua... agak lama admin tak update blog PAPN Subang Jaya.. Ini disebabkan masalah-masalah teknikal yang tak dapat dielakkan.

Blog kali ni nak share aktiviti PAPNSJ dalam bulan Januari & Februari yang lepas. PAPN Subang Jaya telah mengadakan Pertandingan Tanglung pada 30 Januari 2012 sempena meraikan Tahun Baru Cina yang diraikan seluruh kaum Cina di Malaysia. Sambutan Maulidur Rasul pula diadakan pada 14 Februari 2012. Sambutan ini turut diimarahkan lagi dengan  Pertandingan Membuat Sempaduk Maulidur Rasul dan Perarakan Maulidur Rasul. Sambutan dan kerjasama ibubapa dalam kedua-dua aktiviti amat menggalakkan. Terima kasih kepada ibubapa yang sama-sama menjayakan kedua-dua aktiviti ini...



Berikut adalah gambar-gambar aktiviti

(Pertandingan Tanglung)








....................................................................
(Sambutan Maulidur Rasul 2012)


















Monday, January 23, 2012

Hallo 2012..!

Posted by Permata Subang Jaya at 23:22 0 comments
Salam...

Masih tidak terlambat lagi rasanya nak ucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua rakyat Malaysia, terutamanya folower2 blog PAPN Subang Jaya... Di kesempatan ini juga, PAPN Subang Jaya ingin mengucapkan Selamat Datang kepada kanak-kanak baru yang baru sahaja mendaftar di PAPN Subang Jaya. Semoga tahun 2012 ini akan menjadi tahun yang bermakna dan mendatangkan seribu kemanisan kepada PAPN Subang Jaya....


Adios....;-)

Tuesday, December 27, 2011

Graduasi 2011

Posted by Permata Subang Jaya at 13:40 0 comments
Majlis Graduasi PAPN Subang Jaya 2011.
Tarikh: 12 Disember 2011
Tempat: Dewan Tun Rahah, Menara Tun Razak, Kuala Lumpur.

Kali ini  majlis Graduasi PAPN Subang Jaya bergabung dengan PAPN Hulu Selangor. Seramai 12 orang kanak-kanak 4 tahun dari PAPN Subang Jaya 4 orang kanak-kanak 4 tahun dari PAPN Hulu Selangor yang bergraduasi pada majlis tersebut... Majlis dirasmikan oleh En. Mohd Zamri b. Md Isa, Penolong SUB PERMATA.

...............................................................................................................................








































































 

Permata Subang Jaya Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez